Travelog: Umrah With Family (Madinah X Makkah 2015) Slot 1: Kota Madinah

By liyana kirana - 11:53:00 PM


Hai..dah lama rasenya Cik Lia xupdate entery pasal Travelog kan..yang paling last pun pasal g Langkawi tu pun thn lepas lau xsilap la..huhu..Btw Cik Lia bru je blek dari travel pg ke dua negara yg sgt2 berbeza budaya dan agama. untuk kali ni Cik Lia just nk share pengalaman dan storymory Cik Lia mase Cik Lia buat Umrah (Madinah X Mekkah) dgn family 2 minggu yg lepas..nnt bru Cik Lia buat entry lain pasal 1 ag tempat yg Cik Lia pergi.



Umrah ( Jeddah / Kota Madinah )

Ok Cik Lia start entry (slot) dgn story mase dkt Jeddah / Kota Madinah dulu bru la disusuli dgn Kota Makkah..sbb travel agen dah aturkan Jadual untuk semua Jemaah yg pergi menunaikan umrah pada masa itu iaitu 210415-030515. (nnt Cik Lia update pasal Travel agent dlm entry lain).
210415 hari selasa ktorang dah kne ade kat KLIA2 pada jam 8.30 pagi sbb travel agent tu nk ageh2kan kumpulan ade 3 kumpulan dan jemaah seramai 146 org lau xsilap cik Lia la..
Family Cik Lia berada dlm Kumpulan 3 dgn kekuatan seramai 46 org (dah mcm perbarisan kawad kaki pulak haha) dan di Ketuai oleh seorg Mutawif iaitu Ustaz Mohd Haikal.


nmpak x betapa banyak nye beg yg travel agent bg..sbnarnya ade ag 3 beg kat umah..tp yelah xkan la nk bawak smuakan..

Perjalanan dari KLIA2 ke Jeddah mengambil mase 8/9 jam..dan Cik Lia tibe di Jeddah tepat pukul 5.30 ptg waktu jeddah..lau waktu sini agaknye korg smua dah tdo..

sampai je dkat jeddah bus dah tunggu nk gerak g Kota Madinah. Perjalanan ke kota madinah mangambil masa 6 jam..sepanjang perjalanan mmg niat Cik Lia nk tdo je sbb dlm fligth mmg cik lia xleh tdo..lau tdo pun tdo2 ayam haha..
oh ye..mesti korang tertnya2 cmner cik lia nk solat dan kat mane tmpat nk berihramkan?
lau korang nk tau pasal solat dalam kapal terbang korg boleh la tgk blog ni


sbb cik lia pun bace dari blog ni jugak sblum berangkat.
dan tmpat nk berihram akan diberi tahu oleh pilot, diorg akan bgtau ble kte hmpir tibe di Jeddah berulah kite berniat.. (untuk yg pergi ke Mekah lau x xperlu berniat)
dan jugak diorg akan bgtau waktu solat dan jugak azan pun akan berkumandang..
bguskan Fligth Air Asia x ni tp jgn risau smua fligth yg menuju ke Jeddah akan lakukan pekara sama..

sampai je di Kota Madinah dah pukul 2 pg..smpai je kitorang trus di panggil nama dan 
cek in..mase ni smua dah letih tp adk dgn ayah gigih nk pg Masjid Nabawi untuk selesaikan solat jamak..dan Cik Lia dgn mama selesaikan solat di bilik saja..

view Kota Madinah dari tingkap bilik .

aktiviti semasa berada di Kota Madina kitorang banyak mengabiskan masa di Masjid Nabawi dan brjalan2 di sekitar Kota Madinah..

(sumber google)

hari pertama smua para jemaah diberi peluang untuk menziarahi makam Kekasih Allah iaitu Nabi Muhammad SWT.
sewaktu menziarahi Makam Nabi Muhammad SWT cik Lia mmg xde tngkap gambar sbb nk menghormati tempat tersebut..
perasaan sayu menyelubungi suasana didalam makam Nabi Muhammad SWT..Kami para jemaah diberi peluang walaupun sekejap untuk menunaikan solat sunat sbb keadaan didalam tu tersgt2 la Penuh dgn ribuan para jemaah lain yg berasak2 untuk solat dan berdoa bersama2..Cik Lia bersyukur sbb dpt solat di karpet hijau difahamkan dimana doa2 kite akan didgr dan diamin oleh Nabi Muhammad SWT.

Aktiviti hari ke2

Menzirahi dan solat sunat di Masjid Khubah. Kami hanya dpt melihat dari dalam bas saja Masjid Kiblataini iaitu masjid 2 kiblat dan ustaz haikal akan menerangkan serba sikit cerita di sebalik Masjid tersebut. dan selepas itu kitorg dapat melawat kebun kurma, Bukit Uhud dan pasar kurma..


kebun Kurma


kurma jugak dijual dikebun. 
tetapi kitorg xbeli sbb harga dia jauh lebih mahal dari yg dkt pasar.
so, mutawif kitorg cadangkan tok bli disana saja..


Bukit Uhud.



Bukit Uhud dimana berlakunya perperangan uhud 

dan tempat terakhir Pasar Kurma..

hari2 terakhir Di Kota Madinah barulah Cik lia dgn Family dpt Shopping dan bergambar di dalam Masjid Nabawi..
ade yg tnya Cik Lia kat sana nk guna bahasa apa lau nk membeli belah @ nak berkomunikasi dgn orang Arab
ha..korang jgn terkejut sbb rata2 penduduk kat Kota Madinah dan Mekah boleh berbahasa Malaysia @ indon..
jd korang xpyah la tergeliat2 lidah nk g ckp bahasa arab..nnt korang ckp lain lain yg diorg paham..huhu..cuma masa kat airport tu je korg kne speaking sikit..
Cik Lia cuma tau Torik2 je sbb tu maksud dia berlaluan atau cepat sikit..


dalam Masjid Nabawi
nilah berlakunya sesuatu insiden yg mmg smpai kehari ini cik lia xdpt lupakan apabila kne marah dgn orang india muslim lau xsilap Cik lia..insiden dimana Cik Lia meminta sedikit ruang untuk solat tetapi dimarahi oleh makcik tersebut dlm bahasa diorg..
mase tu Cik lia dgn mama terpisah saf sbb trlambat masuk masjid. jd nak xnk cik lia terpaksa beralah walaupun niat cik lia cuma nk solat je..mase tu hanya Allah je yg tahu camner cik lia rase..nangis tu mmg nangis la masa nk cari saf lain tu pun terpaksa cari tmpat smpit iaitu dihadapi seorg wanita arab yg kebetulan dpn dia ade sedikit ruang..
dan alhamdulillah ada hamba allah ni baik hati bg Cik Lia tumpang sejadah dia yg kebetulan berasa disaf yg sama dan dia ade berbisik kat cik lia untuk terus bersabar dan berdoa supaya Allah lembutkan hati org yg marah Cik Lia td sbb dia nmpak apa yg berlaku antara Cik Lia dgn hamba Allah tersebut...
{mase type entry ni air mata laju je :`( }
P/s: pengajaran yg Cik Lia dpt mase insiden tu ialah kne banyak bersabar dan terus berdoa

Cik Lia sgt2 mengagumi hasil seni halus yg terdapat dalam masjid ni..sejuk je mata memandang dan kat sini lelaki dgn perempuan dipisahkan bahagian..jd nk solat pun rase selesakan..dlm Masjid ni Air Zamzam dia mmg sejuk dan korang boleh minum dan boleh isi untuk dibawa minum dkt hotel..


luar masjid nabawi pada Hari Jumaat
Lau dkt Madinah org perempuan disunatkan menunaikan solat Jumaat dgn kaum lelaki.
dan alhamdulillah Cik Lia dpt merasa solat Jumaat disana..

waktu ni orang dah xramai sbb baru lepas waktu Solat Jumaat/Zuhur tp lau waktu solat time2 camni mmg dah penuh kawasan luar..
 dan sblum korang smpai dkt hotel @ Masjid Nabawi korang akan lihat mcm2 kerenah penjual disepanjang jalan ada yg melambung2 baju..nyanyi2..dan mcm2 la..
mmg seronok rase xnk balek pun ade huhuhu..
cuaca kat sini Alhamdulillah sama mcm dkt Malaysia.
cuma cuaca di Mekah panas dan kering.
dan korang dinasihatkan untuk banyak minum air dan makan yougurt.
oklah tamat sudah cerita Di Kota Madinah..
next entry 
(slot 2: Kota Makkah)
cik Lia mmg cadang nk masuk kan je entry ni tp cerita Kota Madinah ni panjangan
so xjdlah nk smbung..
jmpa next entry ok..

bye..


  • Share:

You Might Also Like

0 comments